KOTA BHARU: Jumlah mangsa banjir di Kelantan berkurangan kepada 1,932 setakat 5 petang ini berbanding 4,196 tengah hari tadi dengan tujuh pusat pemindahan masih beroperasi di dua jajahan.
Menurut Infobanjir Jabatan Kebajikan Masyarakat, jajahan Tumpat mencatatkan jumlah paling ramai iaitu 1,811 mangsa daripada 546 keluarga yang ditempatkan di empat pusat pemindahan, manakala Pasir Mas menempatkan 121 mangsa daripada 52 keluarga di tiga pusat pemindahan.
Menurut laman sesawang kerajaan negeri di http://ebanjir.kelantan.gov.my, paras air Sungai Golok di Rantau Panjang kini di bawah paras bahaya 9 meter dengan trend penurunan iaitu 8.65 meter berbanding 8.77 meter tengah hari tadi.
Bacaan paras air Sungai Kelantan di Jambatan Guillemard, Tanah Merah pula turun kepada 12.40 meter berbanding 12.48 meter tengah hari tadi tetapi masih di bawah paras bahaya 16 meter, manakala paras air sungai utama yang lain telah kembali ke paras normal.
Sumber: Bernama | 8 Jan. 2017
Tiada ulasan:
Catat Ulasan