Siti Salmira menunjukkan anak patung yang dilelong di kedai miliknya di kawasan Rantau Panjang hari ini. |
RANTAU PANJANG: Peniaga di pekan Rantau Panjang mengambil kesempatan mengadakan pesta jualan lelong sebaik sahaja banjir yang melanda kawasan berkenaan mulai surut sepenuhnya.
Seorang peniaga, Siti Salmira Mohd. Nordin berkata, dia mula melelong barangan tersebut sejak Khamis lalu.
Menurutnya, dia menjual semua jenis anak patung dan pakaian kanak-kanak dengan harga RM10 setiap satu.
“Alhamdulillah sambutan yang diberikan oleh para pelanggan amat memberangsankan.
“Saya berbuat demikian kerana mahu menghabiskan stok barangan yang sedia ada sebelum ini,” katanya.
Tinjauan Utusan Malaysia mendapati operasi di pekan Rantau Panjang kembali pulih seperti biasa.
Sumber: Utusan Online | 7 Jan. 2017 | Terbitan 8 Jan. 2017
Tiada ulasan:
Catat Ulasan