Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Sabtu, 21 Januari 2017

Mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 9,220 orang malam ini

KOTA BHARU: Jumlah mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 9,220 orang daripada 2,587 keluarga setakat 8 malam ini berbanding 7,036 orang daripada 2,030 keluarga pada 5 petang tadi.

Menurut Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menerusi aplikasi Infobanjir, semua mangsa banjir itu ditempatkan di 57 pusat pemindahan di tujuh jajahan.

Sejumlah 3,551 mangsa daripada 955 keluarga ditempatkan di 19 pusat pemindahan di Kota Bharu dan 1,980 orang daripada 549 keluarga di 10 pusat pemindahan di Pasir Puteh.

Dua puluh pusat pemindahan di Pasir Mas menempatkan 1,883 orang daripada 579 keluarga manakala 1,075 mangsa daripada 307 keluarga kini berada di dua pusat pemindahan di Tanah Merah.

Seramai 449 mangsa daripada 117 keluarga ditempatkan di sebuah pusat pemindahan di Bachok, 193 orang daripada 55 keluarga di tiga pusat pemindahan di Machang dan 89 orang daripada 25 keluarga di dua pusat pemindahan di Tanah Merah.

Sementara itu, menurut portal ebanjir.kelantan.gov.my, paras air Sungai Golok di Rantau Panjang kekal 10.11 meter (m) setakat 8 malam ini dengan paras sama turut direkodkan pada 5 petang tadi.

Paras amaran bagi sungai itu adalah 9m manakala sungai yang lain masih berada pada tahap normal.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Sumber: Bernama | 21 Jan. 2017

Tiada ulasan:

Catat Ulasan