Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Khamis, 11 Mei 2017

Baik pulih jambatan sementara Pulau Setelu ambil masa tiga hari

GUA MUSANG: Jambatan sementara Kampung Pulau Setelu di sini, yang rosak akibat ditenggelami air berikutan hujan lebat semalam, sedang dibaik pulih dan dijangka siap dalam tempoh tiga hari, kata Pentadbir Mukim Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri Ahmad Karmizi Jalil.

Berikutan itu, jambatan berkenaan ditutup kepada kereta namun dibuka kepada motosikal dan pejalan kaki.

"Jambatan itu mula ditenggelami air pada 8 malam semalam dan selepas air surut pada 7 pagi tadi, kami dapati ada beberapa bahagian jambatan sementara itu rosak. Berikutan itu, kerja-kerja baik pulih dilakukan bagi membaiki kerosakan yang berlaku," katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.

Berharap agar penduduk bersabar ekoran kerja membaiki jambatan sementara disiapkan, Ahmad Karmizi mengakui jambatan itu sering terdedah kepada risiko kerosakan terutama ketika hujan lebat di kawasan hulu yang menyebabkan paras air sungai meningkat.

Sumber: Bernama | 10 Mei 2017

Tiada ulasan:

Catat Ulasan