Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Khamis, 18 Mei 2017

Seekor gajah jantan liar ditangkap di Kuala Balah

KOTA BHARU: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan menangkap seekor gajah jantan liar seberat kira-kira dua tan di kawasan belukar berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Balah di Kampung Kuala Balah, Jeli semalam.

Pengarahnya, Mohd Hasdi Husin berkata pihaknya menerima aduan daripada penduduk kampung tersebut mengenai gajah itu yang dianggarkan berusia 8 hingga 12 tahun, berkeliaran di kawasan kebun getah mereka sejak seminggu lepas.

"Gajah jantan itu dipercayai dari kawasan hutan Gunung Baso, Jeli, kemungkinan tersesat dari kawasan habitatnya," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Seramai enam anggota Perhilitan daerah Jeli terlibat dalam operasi menangkap gajah tersebut pada 11.40 pagi semalam, dan haiwan itu akan dipindahkan dari kampung berkenaan dalam tempoh terdekat.

Mohd Hasdi berkata sejak awal Januari lepas, pihaknya telah menangkap enam gajah liar selepas didapati memasuki kawasan tanaman penduduk iaitu tiga di Jeli, dua di Gua Musang dan seekor di Kuala Krai.

Sumber: Bernama | 18 Mei 2017

Tiada ulasan:

Catat Ulasan