Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Isnin, 22 Mei 2017

Cadangan penubuhan Suruhanjaya Bahasa Negara

KOTA BHARU: Cadangan penubuhan Suruhanjaya Bahasa Negara yang dikemukakan beberapa tahun lalu harus disegerakan bagi memastikan fenomena kecelaruan bahasa Melayu terutama dalam kalangan generasi muda tidak menjadi semakin parah.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, suruhanjaya tersebut akan bertindak sebagai badan tertinggi untuk memastikan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dapat diterjemahkan sepenuhnya.

“Saya menyokong penuh penubuhan Suruhanjaya Bahasa Negara yang dikemukakan oleh bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk Dr. A. Aziz Deraman sebagai asas penting untuk mengawal selia penggunaan bahasa dan melaksanakan dapatan daripada audit bahasa yang dilakukan bagi memastikan bahasa Melayu dimartabatkan.

“Pada masa sekarang DBP tidak mempunyai kuasa untuk menguatkuasakan undang-undang, kuasa menguatkuasakan undang-undang terletak di tangan yang lain seperti pihak berkuasa tempatan (PBT), namun jika suruhanjaya ini diwujudkan maka semua agensi boleh diletakkan di bawah satu bumbung,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Simposium Tun Syed Nasir, 'Bahasa Melayu Menyusur Zaman' di Dewan Keusahawanan, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di sini hari ini.

Sumber: Utusan Online | Kelantan | 21 Mei 2017

Tiada ulasan:

Catat Ulasan