Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Khamis, 18 Mei 2017

Monsun Barat Daya bermula, hujan berkurangan

KUALA LUMPUR: Monsun Barat Daya bermula hari ini dan dijangka berterusan sehingga September ini.

Jabatan Meteorologi dalam kenyataan hari ini berkata dalam tempoh itu, negara akan mengalami keadaan pengurangan hujan di Semenanjung dan Sarawak.

"(Bagi tempoh itu) Bilangan hari tanpa hujan akan melebihi hari hujan kecuali di Sabah yang akan menerima jumlah hujan lebih banyak berbanding di negeri lain," menurut kenyataan itu.

Orang ramai boleh memperoleh maklumat terkini berhubung cuaca menerusi laman sesawang rasmi www.met.gov.my, aplikasi mobil: myCuaca, Facebook: malaysiamet, Twitter: @malaysianmet atau MetMalaysia Hotline di talian 130022 1MET(638).

Sumber: Bernama | 17 Mei 2017

Tiada ulasan:

Catat Ulasan