Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Selasa, 16 Mei 2017

Bangunan asrama pelajar Orang Asli siap

GUA MUSANG: Masalah penempatan asrama bagi 1,000 pelajar Orang Asli di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Wangi di sini, selesai apabila bangunan baharu berharga RM1 juta siap dibina. 

Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, berkata asrama itu penting bagi pelajar berkenaan yang sebahagian rumah mereka terletak jauh di pedalaman. 

Katanya, akibat daripada masalah dihadapi itu juga menyebabkan bilangan pelajar Orang Asli yang hadir ke sekolah berkurangan. 

Beliau berkata, asrama baharu itu boleh menempatkan 500 pelajar lelaki dan 500 pelajar perempuan Orang Asli. "Kita juga beri perhatian kepada sekolah menengah untuk Orang Asli yang dicampur dengan pelajar kaum lain," katanya kepada pemberita di Majlis Penyerahan Bangunan Asrama Tambahan Pelajar Orang Asli di SMK Seri Wangi, hari ini. 

Yang turut hadir, Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan (JPPK), Datuk Makhtar Mustafa dan wakil Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), Hamzah Abdullah. 

Tengku Razaleigh juga Ketua UMNO bahagian berkata, dengan adanya asrama itu akan menggalakkan pelajar Orang Asli hadir ke sekolah serta bergaul dengan pelajar lain. 

"Kita lihat sudah banyak kebaikan apabila pelajar kaum itu belajar bersama dengan yang lain dan membawa banyak perubahan dalam hidup mereka," katanya.

Sumber: Berita Harian | Timur | 14 Mei 2017

Tiada ulasan:

Catat Ulasan