Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Isnin, 22 Mei 2017

OKU pun boleh berjaya

Shahrul Nizam Mohd. Hanafiah (kiri) teruja di pilih sebagai pelajar terbaik bagi jurusan Pembuatan Pakaian Wanita pada Majlis Konvokesyen IKM Kali Ke-10 di sini hari ini.
KOTA BHARU: Seorang lelaki membuktikan kecatatan yang dialami sejak berusia 14 tahun tidak menghalang untuk berjaya apabila dia dinobatkan sebagai pelajar terbaik pada Majlis Konvokesyen Institut Kemahiran Murni (Ikmu) Ke-10.

Shahrul Nizam Mohd. Hanafiah, 44, yang lumpuh akibat terjatuh daripada pokok itu menerima anugerah pelajar terbaik kursus pembuatan pakaian wanita pada majlis tersebut.

Menurut Shahrul Nizam dia sama sekali tidak menyangka dipilih sebagai penerima anugerah pelajar terbaik untuk sesi kali ini.

“Kejayaan ini menjadi pembakar semangat kepada saya untuk terus cemerlang dalam bidang jatihan pakaian.

“Saya memilih jahitan kerana percaya bidang ini mempunyai potensi dan masa depan yang cerah” katanya ketika ditemui selepas Majlis Konvokesyen Ikmu Ke-10 di sini hari ini.

Sumber: Utusan Online | Kelantan | 21 Mei 2017

Tiada ulasan:

Catat Ulasan