Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Selasa, 2 Mei 2017

MAIK terima zakat melebihi RM43.7 juta

Dr Nik Mohd Azlan Abd Hadi (hadapan, tiga dari kanan) bersalaman dengan Syed Mohd Redzo Syed Abd Rahman semasa majlis penerimaan zakat perniagaan daripada Hong Leong MSIG Takaful di Kota Bharu hari ini.
KOTA BHARU: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) berjaya memungut zakat lebih RM43.7 juta dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini.

Timbalan Yang Dipertua MAIK, Dr Nik Mohd Azlan Abd Hadi berkata, jumlah itu meningkat 16.88 peratus atau lebih RM6.3 juta berbanding tempoh sama tahun lalu.


Beliau berkata, pada tahun ini, pihaknya menyasarkan kutipan zakat sehingga RM175 juta.


“Biarpun pada saat ekonomi meleset tetapi kita lihat masyarakat termasuk pembayar luar yakin dengan Maik dan menunaikan tanggungjawab mereka di negeri ini.


“Pada tahun lalu kita dapat mengutip RM162 juta meningkat lebih RM700,000 dari tahun 2015.


“Maik berusaha menyampaikan kesemua zakat diterima kepada golongan asnaf dalam tahun yang sama ataupun awal tahun berikutnya,” katanya kepada pemberita selepas majlis penerimaan zakat perniagaan dari Hong Leong MSIG Takaful di sini hari ini.


Pada majlis itu, Ketua Jabatan Pembangunan Agensi Hong Leong MSIG Takaful, Syed Mohd Redzo Syed Abd Rahman telah menyerahkan cek berjumlah RM50,000 kepada Maik.


Sementara itu, Syed Mohd Redzo berkata, jumlah yang diserahkan kepada Maik itu adalah sebahagian daripada keseluruhan zakat perniagaan syarikat tersebut bernilai lebih RM130,000 tahun ini.

Sumber: Utusan Online | 2 Mei 2017

Tiada ulasan:

Catat Ulasan