Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Jumaat, 5 Mei 2017

30 pelajar tahfiz mangsa kebakaran terima sumbangan

Sebahagian 30 pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Ismailiah (MATAIS) yang terbabit dalam kebakaran pada awal pagi Ahad lalu bersama barangan keperluan asas seperti pakaian, kopiah dan barangan lain sumbangan Pasar Raya Mydin yang disampaikan Ketua Eksekutif Presiden Persatuan Orang Kota Bharu (POKB), Mohd Afandi Hassan di Kubang Kerian, Kota Bharu.
KOTA BHARU: Persatuan Orang Kota Bharu (POKB) memberi sumbangan barang keperluan kepada 30 pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Ismailiah (MATAIS) di sini, hari ini.

Sumbangan dengan kerjasama Pasaraya Mydin Kubang Kerian itu bertujuan memberi semangat baharu kepada pelajar MATAIS selepas kesemua barangan keperluan mereka musnah dalam kebakaran asrama penginapan pada 30 April lalu.

Ketua Eksekutif POKB, Mohd Afandi Hassan, berkata sumbangan yang diberikan kepada semua pelajar terbabit berjumlah lebih RM10,000.

"Setiap pelajar diberi barang keperluan seperti kopiah, pakaian dan barang keperluan asas lain yang bernilai RM300 serta wang tunai RM50.

"Mereka juga diberi pilihan untuk memilih pakaian sendiri bagi mengubat kesedihan akibat kejadian itu," katanya dalam Program Kaseh OKB Mydin di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Pengurus Mydin Mall Kawasan Wilayah Timur, R Naidu. BH sebelum ini melaporkan kebakaran pada Ahad lalu yang memusnahkan satu bangunan asrama yang menempatkan 30 pelajar di maahad berkenaan.

Bagaimanapun, kesemua pelajar dilaporkan selamat kerana mereka bertindak pantas menyelamatkan diri.

Sumber: Berita Harian | Timur | 3 Mei 2017

Tiada ulasan:

Catat Ulasan