Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Isnin, 1 Mei 2017

Lapan lelaki termasuk remaja ditahan miliki dadah berhampiran kawasan kubur

BESUT: Lapan lelaki termasuk seorang remaja ditahan bersama 594 pil dadah jenis Yaba berhampiran sebuah kawasan kubur di Cabang Tiga Jerteh di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Besut, Supt Mohd Zamri Mohd Rowi berkata kesemua mereka ditahan ketika sedang berkumpul di belakang sebuah rumah berhampiran kawasan berkenaan pada pukul 7 malam.

"Ketika siasatan dilakukan seorang daripada suspek telah mencampakkan sesuatu daripada beg sandangnya ke tanah dan apabila dibuat pemeriksaan, polis menjumpai pil pelbagai warna berjumlah 594 termasuk tiga botol cecair dipercayai dadah," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mohd Zamri berkata dua daripada lapan yang ditahan itu turut mempunyai pelbagai rekod jenayah termasuk dadah dan mencuri.

Kesemua mereka yang berusia antara 17 dan 28 tahun itu akan dibawa ke Mahkamah Majistret esok untuk mendapatkan perintah reman bagi siasatan lanjut.

Sumber: Bernama | 01 Mei 2017

Tiada ulasan:

Catat Ulasan