Sudah sampai masanya Lebuh Raya Kuala Krai - Gua Musang dinaik taraf kepada lebuh raya empat lorong. |
KUALA KRAI: Peniaga luar yang kerap berkunjung ke Kuala Krai meluahkan
kebimbangan terutama setiap kali berselisih kenderaan berat di beberapa
laluan sempit di daerah ini.
Pengguna mendakwa, mereka khuatir keselamatan terancam memandangkan
keadaan jalan sempit dan jarak dengan kenderaan lain agak dekat setiap
kali berselisih terutama dengan kenderaan berat.
Sehubungan itu, dia mencadangkan supaya usaha membesarkan jalan dipercepatkan bagi menjamin keselamatan dan keselesaan pengguna. Peniaga, Abdul Rashid Masrun, 36, berkata, dia ke Kuala Krai sekitar tiga hingga empat kali sebulan atas beberapa urusan di daerah ini.
Menurutnya, setiap kali melalui beberapa jalan termasuk laluan dari Sekolah Menengah Teknik Kuala Krai menuju ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Krai misalnya, hatinya tidak tenteram melihatkan keadaan jalan di situ. “Jalan ini merupakan laluan utama orang ramai untuk Ke Kuala Lumpur dan sibuk pada setiap masa.
“Sehubungan itu sudah tiba masanya jalan ini dilebarkan bagi mengelak kejadian tidak diingini ke atas pengguna,” katanya. Abdul Rashid berkata, kenderaan berat banyak melalui kawasan ini yang mana dia melihat situasi ini merbahaya kepada pengguna terutama pada waktu malam.
Menurutnya, sebagai pengunjung yang kerap menggunakan laluan ini, dia berharap pihak bertanggungjawab segera bertindak agar keselamatan pengguna terutama yang menggunakan kereta dan motosikal terjamin.
“Saya pernah beberapa kali melihat kemalangan di sekitar laluan ini, jadi bagi mengelak kejadian berulang saya merayu usaha segera pihak berkenaan,” katanya.

Sumber: Sinar Harian | Edisi Kelantan |30 Ogos 2013 | Tajuk asal: Jalan Ssempit, pengguna resah |