Mortaza Mohamed (dua dari kiri) melihat aksi gerakan robotik ciptaan penuntut UMK sempena Minggu Keusahawanan Kreatif 2015 di Bachok, Kelantan, kelmarin. |
BACHOK: Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menyasarkan sebanyak 15 peratus daripada 2,300 graduan yang sedang mengikuti pengajian di Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan memiliki daya saing untuk bekerja sendiri selepas menamatkan pengajian masing-masing.
Naib Canselor UMK, Datuk Dr. Mortaza Mohamed berkata, mahasiswa perlu berubah daripada mengharapkan pekerjaaan di sektor awam kepada bidang keusahawanan dan industri sesuai dengan ilmu yang dimiliki.
Beliau berkata, dalam masa sama, golongan tersebut juga mampu memulakan kerjaya secara profesional secara sendirian dalam bidang keusawahanan berasaskan bidang pengajian.
“Lonjakan besar perlu dilakukan segera kerana rata-rata graduan UMK sekarang masih lagi berhasrat untuk bekerja dengan kerajaan.
“Kesedaran untuk membina empayar sendiri dalam dunia pekerjaan adalah penting serta memerlukan persediaan awal dari aspek perancangan, strategi dan matlamat.
“Saya yakin graduan UMK mampu melakukannya dengan memanfaatkan kepakaran yang dipelajari dan tidak menganggur selepas tamat pengajian,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Minggu Keusahawanan Kreatif 2015 di UMK Tangok, dekat sini semalam.
Lebih 500 geraduan UMK menyertai program itu yang diadakan selama tiga hari dengan pelbagai aktiviti termasuk bengkel dan pembentangan kertas kerja.
Mortaza berkata, usaha memberi pendedahan agar penuntut UMK berminat bekerja di sektor industri akan diteruskan dengan pelbagai pendekatan.
“Bidang Teknologi dan Warisan pula merupakan satu modal yang besar pada masa hadapan yang akan memberi kelebihan kepada graduan UMK bangkit bersaing dalam menjana ekonomi yang berskala besar sama ada di dalam atau di luar negara,” katanya.
Menurutnya, mahasiswa perlu berusaha merebut peluang yang ada untuk mengaplikasikan ilmu di bidang keusahawanan yang mereka timba di kampus yang turut memberi peluang pekerjaan kepada rakyat di negeri ini.
Tambahnya, negeri ini memiliki aset yang besar dalam sektor seni dan warisan untuk dibangunkan termasuk kawasan pelancongan yang menarik, hasil bumi, kemajuan dalam bidang penternakan, makanan serta kebudayaan yang boleh dijadikan tapak untuk mencipta peluang yang menguntungkan.

Sumber: Utusan Malaysia | Kelantan | 12 Mei 2015 | Terbitan 13 Mei 2015
Tiada ulasan:
Catat Ulasan