Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Isnin, 18 Mei 2015

Johor tumpuan tenaga kerja Sabah, Sarawak, dan Kelantan


NUSAJAYA: Dasar pembangunan dilaksanakan kerajaan negeri menyaksikan Johor berkembang pesat, seimbang dan inklusif sehingga mewujudkan banyak peluang pekerjaan dan kadar kemiskinan turun dengan ketara. 

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (gambar), berkata kerajaan negeri berjaya mengurangkan kadar pengangguran sehingga negeri itu dibanjiri orang luar terutama dari Sabah, Sarawak dan Kelantan

"Ini kerana terdapat banyak peluang pekerjaan di sini dan kadar pengangguran di Johor setakat 2014 amat rendah iaitu sekitar 2.8 peratus. 

"Malah, kadar kemiskinan di Johor adalah antara terendah di Malaysia iaitu 0.9 peratus," katanya pada sesi penggulungan Sidang Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Ke-13 di Kota Iskandar di sini, hari ini. 

Beliau berkata, pencapaian Johor itu bukan sahaja dari segi kuantitatif, malah menjangkaui aspek kualitatif yang tidak boleh diukur dengan nilai material dan perolehan kewangan semata-mata. Kadar jenayah di Johor juga menurun sebanyak 13.14 peratus. 

"Johor bukan lagi seperti dahulu dengan cerita negatif kadar jenayahnya, ..pada masa sama pengeluaran lesen hiburan turut dihentikan sepenuhnya," katanya. 

Sumber: Berita Harian | 18 Mei 2015

Tiada ulasan:

Catat Ulasan