Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Sabtu, 16 Mei 2015

Kerajaan Pusat digesa bina hospital daerah di Bachok

Jawapan daripada seorang pemimpin yang cukup memualkan. 
BACHOK: Cadangan pembinaan sebuah hospital daerah di Bachok, Kelantan bukanlah suatu cadangan baharu. 

Hal ini kerana cadangan pembinaan sebuah hospital daerah ini telah dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9: 2006 - 2010) lagi tetapi sehingga kini ia masih belum dilaksanakan. 

Punca utamanya adalah projek ini telah dipolitikkan untuk kepentingan survival politik oleh pihak-pihak tertentu di Bachok tanpa mempedulikan kebajikan dan nasib penduduk Bachok. 

Menurut Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan tanggungjawab dalam penyediaan hospital awam ini merupakan tanggungjawab atau bidang tugas Kerajaan Pusat tanpa mengambil kira parti manakah yang menerajui sesebuah kerajaan negeri itu. 

Proses pengambilan tanah untuk tapak hospital ini seluas 25 hektar di Kampung Bator, Jelawat telah lama diselesaikan dan pihak Kerajaan Pusat melalui Kementerian Kesihatan Malaysia diharap dapat mempercepatkan pelaksanaan projek ini demi kepentingan rakyat. 

Teguran Kepada Wakil Rakyat

Selain itu, diminta Y.B. Hj. Abdul Aziz bin Kadar, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelawat dan Y.B. Tuan Ahmad Marzuk Shaary, Ahli Parlimen Bachok supaya mengambil peduli tentang projek ini dan mengambil tindakan yang sepatutnya demi kepentingan penduduk Bachok. 

Dalam pada itu, Dato' Sri Mustapa Mohamed satu-satunya anak Kelantan yang berada dalam Kabinet Malaysia diminta turut mengambil perhatian serius akan perkara ini. Ya, Dato' Dr Awang Adek Hussein masih lagi Ketua UMNO Bahagian Bachok tetapi dia bukanlah seorang yang boleh diharapkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan