KOTA BHARU: Sebanyak 220 peserta dari seluruh negara dijangka menyertai Kejohanan Golf Amatur Terbuka Kelantan 2015 di Padang Golf Kelab Pengkalan Chepa dari 13 hingga 15 Jun.
Presiden Kelab Golf dan Desa Kelantan Datuk Mohd Faudzi Che Mamat berkata kejohanan tiga hari itu turut menawarkan hadiah bernilai lebih RM600,000.
"Ia termasuk hadiah 'hole-in-one' iaitu empat buah kereta jenis Audi, Suzuki, Mitsubishi dan Perodua," katanya pada sidang media kejohanan berkenaan di Kelab Golf dan Desa Kelantan, di sini Isnin.
Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Kejohanan Golf Amatur Terbuka Kelantan Ir Jayson Cheok Ka Siang.
Mohd Faudzi berkata setakat ini, sebanyak 80 pemain golf dari negeri ini telah mendaftarkan diri bagi menyertai kejohanan kali ke-41 itu.
Ia bertujuan mencungkil bakat terutama dalam kalangan penjawat awam supaya dapat diketengahkan ke peringkat lebih tinggi, katanya.
Sumber: Bernama | 18 Mei 2015
Tiada ulasan:
Catat Ulasan