Mercu tanda utama Kompeks Niaga Tokwanmat di Bukit Bunga, Tanah Merah, Kelantan. |
TANAH MERAH: Kompleks Niaga Tokwanmat yang terletak di tepi Lebuh Raya Timur - Barat di Bukit Bunga, Tanah Merah, Kelantan telah memulakan operasi pada 15 Mei (2015) dengan pembukaan Pasar Raya Pantai Timur cawangan Bukit Bunga.
Kompleks perniagaan ini terdiri daripada dua komponen utama, iaitu sebuah pasar raya dan lima blok bazar serta dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas untuk kemudahan pengunjung seperi tandas, surau, dan wakaf untuk beristirahat.
Kompleks Niaga Tokwanmat di Bukit Bunga, Tanah Merah, Kelantan. |
Kompleks Niaga Tokwanmat ini berpotensi menjadi tarikan pelancong untuk membeli-belah jika peniaga di kawasan ini menetapkan harga lebih rendah dan berpatutan berbanding kawasan beli-belah lain di negeri Kelantan seperti pusat bandar raya Kota Bharu, Zon Komersial Wakaf Che Yeh (Kota Bharu), Zon Bebas Cukai Rantau Panjang (Pasir Mas), dan Zon Bebas Cukai Pengkalan Kubor (Tumpat).
Lima blok bazar yang akan dibuka secara berperingkat-peringkat tidak lama lagi. |
Kompleks perniagaan ini akan dirasmi oleh Y.A.B. Dato' Ahmad Yakob, Menteri Besar Kelantan pada hujung bulan ini. Dato' Sri Mustapa Mohamed, Ahli Parimen Jeli merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri juga dijadual akan hadir pada majlis perasmian tersebut.
Kata Kunci: Kompleks Niaga Tokwanmat | Bukit Bunga | Tanah Merah | Lebuh Raya Timur - Barat
Tiada ulasan:
Catat Ulasan