Plaza IMT-GT di wilayah Trang di Selatan Thailand. |
PLAZA IMT-GT, iaitu plaza beli-belah akan dibina di Bukit Bunga, Tanah Merah, Kelantan di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK11).
Konsep plaza ini mungkin hampir sama dengan Plaza IMT-GT di wilayah Trang, Selatan Thailand atau beberapa buah lagi plaza seumpama ini yang merupakan inisiatif kerjasama Segi Tiga Pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT).
Pembinaan plaza ini diharap dapat memacu pertumbuhan kawasan sempadan Malaysia - Thailand terutamanya Bukit Bunga yang berpotensi untuk menjadi kawasan bebas cukai pada masa depan.
Pembangunan Bukit Bunga ini akan disokong dengan pembinaan Lebuh Raya Pantai (Coastal Highway) yang melibatkan jajaran dari Bukit Bunga - Rantau Panjang - Pengkalan Kubor - Tumpat - Kota Bharu - Bachok - Tok Bali - Kuala Besut.
Nota: Artikel ini merupakan tulisan laman blog ini dan ia tidak dibenarkan disalin dan ditampal (copy & paste) di mana-mana laman blog termasuk laman skyscraperscity.com.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan