Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Khamis, 21 Mei 2015

RMK11: Projek infrastruktur RMK11 berdasarkan keperluan rakyat, kata Wahid

KUALA LUMPUR: Projek-projek insfrastruktur dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) adalah berdasarkan keperluan rakyat dan bukannya mengutamakan negeri tertentu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar.

Tegasnya, matlamat RMK11 itu bagi mencapai pertumbuhan inklusif untuk dinikmati semua rakyat Malaysia di bandar mahupun di kawasan pedalaman.

"Kerajaan sama sekali tidak mengamalkan pilih kasih dan keutamaannya berdasarkan kepada keperluan.

"Kita turut memperkenalkan indeks kreativiti iaitu kaedah untuk mengukur serta membolehkan kita mengutamakan satu-satu projek berbanding yang lain," katanya.

Beliau berkata demikian kepada wartawan di sini, hari ini, sebagai menjawab dakwaan bahawa Kerajaan Persekutuan mengamalkan sikap memilih kerana tidak menyenaraikan Pulau Pinang antara negeri yang mendapat manfaat RMK11.

Abdul Wahid menjelaskan, kerajaan akan menilai serta meneliti manfaat sebarang projek yang diberikan berdasarkan kos, termasuk aspek kos modal.

Beliau turut merujuk sebuah projek pembinaan jalan raya bagi meningkatkan jaringan perhubungan antara Kuala Lumpur ke Kelantan, sebuah negeri pembangkang serta pembesaran Lapangan Terbang Kota Bharu yang juga ibu negerinya.

"Kita tidak mengamalkan sebarang diskriminasi terhadap negeri-negeri (ditadbir) pembangkang kerana keputusan itu berdasarkan keutamaan indeks kreativiti yang telah kita tetapkan," katanya.

Sumber: Bernama | 21 Mei 2015

Tiada ulasan:

Catat Ulasan