KUALA LUMPUR: Atlet bina badan negara, Sazali Samad masih menaruh harapan agar hukuman penggantungan empat tahun yang dikenakan terhadapnya dapat diringankan oleh Persekutuan Bina Badan Malaysia (PBBM).
Justeru dia yang juga juara dunia 10 kali itu menghantar surat rayuan kedua bersama-sama peguamnya Mohd Norasmawi Norani kepada PBBM yang diterima oleh Setiausaha Eksekutif PBBM Riduan Anan, hari ini.
"Untuk rayuan kedua ini kami fokus kepada Persatuan Angkat Berat iaitu dua orang atlet mereka tanpa melalui rayuan hanya melalui perbicaraan pertama terus mendapat hukuman dua tahun ketika mereka di luar pertandingan.
"Faktanya sama macam Sazali jadi terserahlah kepada persatuan macam mana mereka nak buat," kata Norasmawi.
Norasmawi memaklumkan surat rayuan berkenaan turut mendapat sokongan daripada Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
Sazali dikenakan penggantungan empat tahun sejak September tahun lalu selepas gagal ujian doping yang dijalankan.

Sumber: Harian Metro | Arena | 6 Disember 2016
Tiada ulasan:
Catat Ulasan