SEORANG pemimpin harus bijak. Jika tidak ahli dalam sesuatu bidang lebih baik berdiam diri atau memberikan komen yang lebih selamat.
Pemimpin juga mempunyai pegawai. Jika terlalu sibuk untuk membuat kajian, lebih baik minta pegawai atau pembantu membuat kajian.
Ini bagi mengelakkan supaya kenyataan yang dibuat tidak mengelirukan rakyat atau bahasa yang lebih mudah tidak memperbodohkan diri di depan rakyat tambahan pula dunia hari ini maklumat mengalir seperti air.
Hal ini yang terjadi kepada kepada Exco Belia dan Sukan Kerajaan PAS Kelantan, Datuk Abdul Fattah Mahmood dek kerana terlalu galak mahu berpolitik sehingga lupa untuk ‘cover’ ketidakcerdikan diri.
Baru-baru ini, Abdul Fattah mendakwa beliau pernah dilantik sebagai Ahli Majlis Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) tetapi tidak pernah dipanggil untuk menghadiri mesyuarat.
Dan sekarang, katanya, KAFA sudah tidak melantik wakil Kerajaan PAS Kelantan untuk berada dalam persatuan tersebut.
Maka disebabkan itu juga, katanya lagi, KAFA tidak tahu menahu apa yang berlaku dalam KAFA sekarang.
Nampaknya, Abdul Fattah tidak pernah mengkaji perlembagaan KAFA dan tidak ambil tahu keadaan yang sebenar kerana masih dengan gaya klasik PAS terus mencari kesalahan orang dan bukannya jalan penyelesaian.
Ekoran daripada itu juga, bekas Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa memulang paku buah keras dan sehingga hari ini Abdul Fattah tidak menjawab.
Menurut Statut (Perlembagaan) KAFA telah dipinda pada tahun 2007 atas nasihat Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PJS) yang mengsyorkan, Ahli Gabungan Badan Induk Bolasepak Negeri terdiri daripada Persatuan Bolasepak Jajahan atau Daerah (PBJ/ PBD) sahaja.
Pindaan itu melibatkan semua Ahli Gabungan FAM termasuk KAFA.
Dalam statut yang baharu tiada lagi diperuntukkan untuk jawatan ahli Exco atau ahli majlis yang dilantik. Oleh hal demikian, mulai 2007 juga Ketua Polis Negeri, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri dan Pengarah Majlis Sukan Negeri tidak lagi dilantik sebagai ahli Exco KAFA.
Pada kongres yang pertama selepas statut dipinda KAFA pernah melalui salah satu ahli gabungannya mencalonkan seorang Exco Kerajaan PAS Kelantan, Datuk Dr. Ramli yang ketika itu Exco Sukan negeri sebagai calon Naib Presiden atau ahli majlis KAFA namun Ramli telah menolak pencalonan tersebut.
Ini berlaku kerana statut yang diguna pakai itu tidak memberi kuasa kepada Presiden melantik mana-mana individu sebagai ahli majlis KAFA dan semua jawatan hendaklah dipilih melalui kongres KAFA.
Sudah jelas bukan, siapa yang berpolitik dalam sukan nombor satu negara ini. PAS daripada dahulu lagi mengelak untuk memikul tanggungjawab dengan memberikan pelbagai alasan.
Sudah jelas juga bahawa pemimpin PAS takut untuk memimpin KAFA kerana mereka sedar cabarannya bukan alang kepalang maka lebih baik hanya meraih laba daripada kerja buat orang lain.
Itu sememangnya cara PAS dan jika begini caranya adakah perlu memberi mereka peluang untuk terus mentadbir Kelantan atau negara?
Sumber: sokmo.net | www.sokmo.net | Pendapat & Editorial | 26 Disember 2016
Tiada ulasan:
Catat Ulasan