KOTA BHARU: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) kini memiliki enam bot Amfibia Sealegs bernilai RM3.6 juta bagi melaksanakan tugas menyelamat mangsa bencana dengan lebih berkesan.
Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) APM Sukiman Ahmad berkata dua bot itu ditempatkan di Kelantan, masing-masing sebuah di Sabah dan Sarawak serta dua di ibu pejabat untuk kegunaan negeri lain jika diperlukan.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Sijil Tamat Latihan Pengendalian dan Penyelenggaraan Asas Bot Amfibia Sealegs di Tambatan Diraja di sini, hari ini.
Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata APM kini dalam proses memohon tambahan 23 bot yang sama untuk kegunaan tahun depan.
"Apabila tambahan aset diterima tahun hadapan, kita akan tempatkan sekurang-kurangnya dua bot Amfibia Sealegs di setiap negeri sebagai persiapan menyelamat khususnya ketika banjir," katanya.
Sumber: Bernama | 15 Disember 2016
Tiada ulasan:
Catat Ulasan