KOTA BHARU: Bendera rasmi Yang di-Pertuan Agong ke-15 Sultan Muhammad V dikibarkan di Istana Balai Besar di sini, pada 12 malam ini.
Istiadat menaikkan bendera tersebut dilakukan oleh dua anggota tentera dari 8 Kompeni Kor Polis Tentera Diraja iaitu Sarjan Andy Hamdi dan Koperal Mohd Risuaimi Che Hashim.
Istiadat itu turut diiringi oleh enam anggota Batalion ke-5 Rejimen Renjer Diraja.
Sultan Muhammad V menggantikan Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 selama lima tahun, bermula 13 Dis.
Sumber: Bernama | 12 Disember 2016

Tiada ulasan:
Catat Ulasan