KOTA BHARU: Yang di-Pertuan Agong ke XV Sultan Muhammad V berkenan melakukan pemeriksaan kawalan kehormat sempena majlis keberangkatan Yang di-Pertuan Agong ke Istana Negara di Istana Negeri Kubang Kerian di sini pagi ini.
Yang di-Pertuan Agong tiba kira-kira jam pagi 7.50 pagi disambut Pemangku Sultan Kelantan, Tengku Muhammad Fa-iz Petra; Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob dan Menteri Pengiring Yang di-Pertuan Agong, Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Lagu Negaraku dan Selamat Sultan kemudian dimainkan berserta tembakan meriam. Baginda kemudian berkenan melakukan pemeriksaan kawalan kehormat pasukan Rejimen Artileri Kem Desa Pahlawan membabitkan 107 anggota dan tiga Pegawai diketuai Mejar Mohd Saiful Azly.
Sebaik selesai pemeriksaan kawalan kehormat, Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad membaca doa dan Lagu Negaraku dimainkan sekali lagi sebelum keberangkatan Yang di-Pertuan Agong ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) Pengkalan Chepa, dari Istana Negeri, kira-kira jam 8 pagi.

Sebelum itu, rakyat jelata mula berkumpul seawal jam 6 pagi di sepanjang jalan bermula dari perkarangan di luar Istana Negeri untuk mengucapkan selamat berangkat kepada Yang di-Pertuan Agong.
Sumber: Berita Harian Online | 13 Disember 2016

Tiada ulasan:
Catat Ulasan