KOTA BHARU: Mangsa banjir di Kelantan menurun kepada 67 orang petang Ahad berbanding 75 tengah hari tadi, menurut portal rasmi kerajaan Kelantan.
Menurut portal http://ebanjir.kelantan.gov.my, pusat pemindahan yang menempatkan lapan mangsa di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jelawat ditutup petang tadi.
Bagaimanapun, mangsa lain masih berada di SK Wakaf Raja, Pasir Puteh (26 orang), SMK Beris Panchor, Bachok (12 orang), dan SK Tiong, Kota Bharu (29 orang).
Menurut portal itu, paras air sungai Kelantan di Sungai Golok, Rantau Panjang di Pasir Mas pada 4 petang berada pada paras 7.88 meter berbanding paras berjaga-jaga tujuh meter.
Sumber: Bernama | 4 Disember 2016
Tiada ulasan:
Catat Ulasan