Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Sabtu, 10 Disember 2016

Projek Kampung Warisan di Kampung Laut dibiaya ECER

Datuk Ahmad Yakob
KOTA BHARU: Pengambilan tanah seluas 2.32 hektar di Kampung Laut, Tumpat, oleh kerajaan negeri adalah bagi rancangan pembangunan projek Kampung Warisan yang dilaksanakan dengan kerjasama Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER). 

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, berkata pengambilan tanah pula dilakukan mengikut Seksyen 3 (1A) Akta Pengambilan Tanah 1960 bagi tujuan membangunkan semula Kampung Laut dan meningkatkan taraf sosio ekonomi penduduk kawasan berkenaan. 

"Yang penting dana (projek ini) 100 peratus adalah daripada ECER dan tidak terbabit dengan mana-mana syarikat. "Pengambilan tanah yang terbabit seluas 2.32 hektar yang sebahagian besar mereka tinggal secara sewaan atas tanah sendiri atau atas kebenaran tuan tanah mendirikan kediaman. 

"Bagi kerajaan negeri, mereka ini tidak ada tanah dan kerajaan akan bantu mereka yang juga golongan asnaf dengan membayar pampasan yang keseluruhan membabitkan 13 rumah penduduk," katanya ketika penggulungan perbahasan Belanjawan 2017 kerajaan Kelantan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di sini, hari ini. 

Ahmad berkata, lapan daripada penduduk terbabit selepas dibuat semakan didapati daripada golongan asnaf dan kerajaan negeri akan membayar pampasan dan memberi tanah untuk membina kediaman baharu. 

"Mereka ini mungkin menerima pampasan antara RM300,000 atau RM400,000," katanya. Beliau berkata, projek itu sebenarnya akan memberi peluang lebih baik dari segi pertumbuhan ekonomi apabila ia dibangunkan sebagai kawasan pelancongan baharu. 

"Rumah warisan (rumah lama) di kampung itu akan dikekalkan sebagai daya tarikan pelancong selain sebagai kawasan perniagaan serunding, dodol dan pusat warisan budaya," katanya.

Sumber: Berita Harian | Timur | 27 Oktober 2016

Tiada ulasan:

Catat Ulasan