Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Rabu, 28 Disember 2016

LTSIP dan Kompleks Mahkamah Kota Bharu terima ancaman bom

Orang ramai diarahkan meninggalkan Kompleks Mahkamah Kota Bharu sementara pemeriksaan lanjut dilakukan pasukan keselamatan ekoran ancaman bom diterima tengah hari ini.
KOTA BHARU: Operasi di dua lokasi tumpuan iaitu Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), Pengkalan Chepa dan Kompleks Mahkamah Kota Bharu, di sini terjejas selepas menerima panggilan ancaman bom hari ini.

Difahamkan, polis menerima panggilan daripada individu tidak dikenali pada pukul 11.40 pagi ini mendakwa lapangan terbang akan diletupkan.

Sehubungan itu, pasukan keselamatan bergegas ke lokasi kejadian untuk membuat pemeriksaan lanjut.

Walau bagaimanapun setakat ini, jadual penerbangan masih diteruskan seperti biasa dan pihak berkuasa masih menjalankan siasatan lanjut.

Sementara itu, orang ramai di Kompleks Mahkamah Kota Bharu, di sini gempar selepas pihak pengurusan dikatakan menerima panggilan ancaman bom daripada individu tidak dikenali tengah hari ini.

Difahamkan, panggilan itu diterima kira-kira pukul 12 tengah hari menyebabkan semua kakitangan mahkamah dan orang awam diarahkan keluar dari kompleks tersebut.

Prosiding mahkamah terpaksa ditangguhkan sementara pemeriksaan lanjut dijalankan oleh pihak keselamatan.

Sebelum ini, operasi Mahkamah Syariah Kota Bharu terpaksa dihentikan seketika berikutan menerima ancaman sama pada 29 November lalu.

Sumber
: Utusan Online | 28 Disember 2016

Tiada ulasan:

Catat Ulasan