Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Sabtu, 31 Disember 2016

Op Jalan: 315 saman dikeluarkan JPJ Kelantan 24 - 26 Dis lepas

KOTA BHARU: Sebanyak 315 saman dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan dalam Op Jalan yang diadakan pada 24 hingga 26 Disember lalu.

Pengarah JPJ Kelantan Mahasan Mustapha berkata sepanjang tempoh itu juga lima kenderaan turut disita termasuk sebuah kenderaan klon.

"Di samping itu, sebanyak 54 buah bas ekspres telah diperiksa di Terminal Lembah Sireh (Terminal Bas Kota Bharu) di sini, di mana dua kes dikesan membabitkan kesalahan teknikal iaitu tayar tidak menepati spesifikasi dan larangan serta merta dikeluarkan kepada syarikat bas berkenaan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika melaksanakan Op Jalan di Jalan Kuala Krai di sini, malam Jumaat.

Katanya operasi itu akan diteruskan sehingga Isnin ini (2 Januari 2017) sempena cuti tahun baharu.

Sumber: Bernama | 31 Disember 2016

Tiada ulasan:

Catat Ulasan