Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Khamis, 15 Disember 2016

Jajaran CSR Kampung Kechur ke Kampung Seberang Jelai dibuka

Fadillah Yusof melancarkan pembukaan jajaran projek Central Spine Road (CSR) sepanjang 3.85 kilometer dari Kampung Kechur ke Kampung Seberang Jelai hari ini. 
LIPIS: Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof hari ini melancarkan pembukaan jajaran projek Central Spine Road (CSR) sepanjang 3.85 kilometer dari Kampung Kechur ke Kampung Seberang Jelai di sini.

Pembinaan jajaran yang menelan belanja RM59.5 juta berkenaan merupakan seksyen kelima daripada 10 seksyen pakej tiga yang disiapkan setakat ini.

Projek CSR mula dilaksanakan secara berperingkat bermula Rancangan Malaysia Kesembilan melibatkan pembinaan jalan raya sepanjang 350 kilometer dengan kos kira-kira RM6.6 bilion.

Sumber: Utusan Online | 15 Disember 2016

Tiada ulasan:

Catat Ulasan