KOTA BHARU: Aman Palestin Berhad cawangan Kelantan menyasarkan kutipan sebanyak RM460,000 melalui kempen 'Aid For Syria' sebagai usaha membantu rakyat negara bergolak itu menghadapi musim sejuk.
Pengurusnya, Mohd Salmi Mohamed berkata kempen itu bermula November lepas dan akan berakhir pada April 2017 sebelum disalurkan menerusi misi kemanusiaan ke Syria tahun depan.
"Melalui kempen ini, dua pakej utama diperkenalkan iaitu Pakej Bantuan Musim Sejuk bernilai RM150 dan Pakej Ten4Syria bernilai RM10 secara dalam talian," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis penyerahan sumbangan oleh Al Isra Group PLT kepada Aman Palestin di sini, Rabu.
Menurutnya, Aman Palestin Berhad Malaysia menyasarkan kutipan keseluruhan RM22 juta melalui kempen berkenaan di seluruh negara.
Mohd Salmi berkata pihaknya turut mengadakan kempen #SyriaHour sempena memperingati pergolakan di Syria yang belum menemui titik kedamaian, selama satu jam pada 15 Mac depan.
Orang ramai boleh menyalurkan derma melalui akaun Maybank atas nama Aman Palestin Berhad bernombor 562263010787 atau Bank Islam Malaysia Berhad 12029010047880.
Sumber: Bernama | 28 Disember 2016
Tiada ulasan:
Catat Ulasan