Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Ahad, 4 Disember 2016

Mangsa banjir di Bachok dipindah selepas rumah dinaiki air akibat parit tersumbat

BACHOK: Parit tersumbat hingga menyebabkan banjir menjadi punca 16 mangsa dari enam keluarga di Gunong dan Jelawat di sini terpaksa berpindah ke pusat pemindahan hari ini.

Mohamad Rizuan Razali, 28, berkata beliau dan isterinya Norazizah Mohd Razi, 30, terpaksa berpindah selepas rumah mereka di Taman CT Jaya dinaiki air pada paras buku lali pukul 10 pagi tadi.

"Halaman rumah dinaiki air sedalam paras lutut. Saya tinggal di taman perumahan itu sejak sembilan bulan lepas," katanya kepada pemberita ketika ditemui di pusat pemindahan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jelawat di sini.

Mohamad Rizuan berkata keadaan parit yang tidak diselenggara dengan baik sehingga rumput tumbuh panjang menyebabkan air tidak dapat bergerak sekali gus menyebabkan banjir berlaku.

Siti Akabarlela Mohd Yunus, 42, berkata beliau berpindah ke pusat pemindahan bersama suaminya Mohd Azmi Mohd Nor, 53, dan dan tiga orang anak pada pukul 11.30 pagi tadi.

"Saya berpindah kerana air di halaman rumah sudah cecah paras paha. Bimbang juga dengan keselamatan anak-anak," katanya.

Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Bachok, Azizah Zakaria ketika ditemui di pusat pemindahan itu berkata pihaknya sudah membekalkan barangan keperluan seperti tikar, tilam, minyak masak dan kelambu kepada setiap keluarga mangsa.

Sumber: Bernama | 3 Disember 2016

Tiada ulasan:

Catat Ulasan