Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Rabu, 21 Disember 2016

Aktiviti seni bakal tarik pelancong ke Pasar Besar Siti Khadijah

KOTA BHARU: Pasar Besar Siti Khadijah bakal menyaksikan satu kelainan apabila aktiviti kesenian diadakan secara bulanan di situ.

Malah lokasi itu bakal dikenali Dataran Budaya, memberi imej baru bagi melengkapkan destinasi tarikan pelancongan ke Kelantan.

Pengerusi Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan Mejar (B) Datuk Md Anizam Abdul Rahman berkata, sebulan sekali kita anjurkan aktiviti kesenian di Pasar Besar Siti Khatijah.

"Aktiviti itu boleh diladakan pada hari Sabtu dan Ahad," katanya ketika berucap pada program persembahan dikir barat perdana di Pasar Besar Siti Khadijah hari ini.

Seramai 12 pendikir barat berpadu suara menjayakan karnival dikir barat perdana tersebut.

Beliau menambah, walaupun kerajaan negeri mempunyai gelanggang seni, namun sekiranya cadangan itu diterima, kesenian di Kelantan tambah meriah.

Selain itu ia boleh menggalakkan kedatangan pelancong ke Pasar Besar Siti Khadijah sekali gus memberi keuntungan kepada peniaga.

Sumber: Harakah Daily | 19 Disember 2016

Tiada ulasan:

Catat Ulasan