Nik Mohd. Shah Omar |
PASIR MAS: Peniaga Pasar Baharu Bandar Tasik Raja (PBBTR) di sini mengeluh kerana perniagaan mereka tidak mendapat sambutan daripada orang ramai biarpun kemudahan yang disediakan di kawasan tersebut adalah yang terbaik.
Persatuan peniaga PBBTR mendakwa masalah tersebut timbul kerana tidak ada publisiti dibuat oleh pihak berkuasa tempatan atau pihak yang menguruskan pasar itu.
Ahli Jawatankuasa Hal Ehwal Luar persatuan terssbuy Nik Mohd. Shah Omar berkata, kekurangan promosi itu menyebabkan pendapatan para peniaga di pasar tersebut terjejas berbanding di tapak asal sebelum ini berhampiran Stesen Kereta Api Pasir Mas.
“Nak dapat pelanggan pun susah. Ada dalam kalangan kami terpaksa menunggu tiga hingga empat hari baru dapat seorang pelangggan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Nik Mohd. Shah memberitahu, bagaimanapun pihaknya sudah mengadakan pertemuan dengan Majlis Daerah Pasir Mas (MDPM) bagi membincangkan segala masalah yang timbul.
“Alhamdulillah pihak MDPM terbuka menerima cadangan yang telah dikemukan. “Cuma kami berharap agar cadangan yang dikemukakan itu dapat disegarakan,” ujaranya.
Tambahnya, langkah segara itu penting bagi menggelakan para peniaga terus berdepan kerugian.
Sumber: Utusan Online | 20 Disember 2016
Tiada ulasan:
Catat Ulasan