Mohd Azlan (tiga kanan) menerima zakat PNMB dari wakilnya, Rosilawati (dua, kiri), hari ini. |
KOTA BHARU: Rakyat Kelantan terutama golongan lapan asnaf mendapat pembelaan Kerajaan Pusat apabila sebanyak RM20.3 juta diperuntukkan menerusi Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Kelantan (Maik) tahun ini melalui pemberian wang ihsan.
Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Kelantan (Maik), Dr Nik Mohd Azlan Abd Hadi berkata, kelulusan wang ihsan kepada Maik adalah dari Kementerian Kewangan hasil rundingan diplomatik Tengku Mahkota Kelantan, Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra yang juga Yang Dipertua Maik.
"Tengku Muhammad Fa-iz mendapat sokongan padu daripada kakandanya, Sultan Muhammad Ke-V yang mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
"Sebanyak RM10 juta sudah diterima, manakala bakinya RM10.3juta akan diterima beberapa hari lagi," katanya selepas menerima zakat daripada Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB), di pejabatnya, hari ini.
Turut hadir, Pengurus Cawangan PNMB, Rosilawati Kahar yang menyerahkan cek zakat perniagaan bernilai RM9,118.60.
Mohd Azlan berkata, wang ihsan tersebut adalah untuk rakyat Kelantan yang sebelum ini disalurkan menerusi Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan, kini ianya diperuntukkan kepada Maik menerusi Tengku Mahkota Kelantan.
"Tahun hadapan wang ihsan berjumlah RM20.3 juta akan diterima oleh Tengku Muhammad Fa-iz dengan sebahagian besarnya diperuntukkan bagi membantu lapan asnaf yang ingin melanjutkan pelajaran, manakala selebihnya untuk sektor pembangunan.
"Pembangunan ini termasuk pembinaan jalan raya, membaik pulih sistem perparitan, jambatan dan pembinaan rumah untuk mangsa bencana alam," katanya.
Sementara itu, beliau berkata, Maik mendapat titah supaya membantu Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dengan menyediakan bantuan makanan untuk mangsa banjir sebagai persiapan menghadapi bencana alam.
Terdahulu, Rosilawati berkata. PNMB sudah sembilan kali sudah menyalurkan sumbangan zakat secara purata bernilai lebih RM118,000 keseluruhannya.
Sumber: Sinar Harian | 8 Disember 2016
Tiada ulasan:
Catat Ulasan