Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Sabtu, 17 Disember 2016

Pengecualian GST terhadap kad tambah nilai kekal

Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak
PEKAN: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pengecualian cukai barang dan perkhidmatan (GST) terhadap kad tambah nilai prabayar akan terus dikekalkan pada tahun depan.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, langkah tersebut diambil untuk meringankan bebanan rakyat kerana menyedari bahawa ramai pengguna telefon bimbit terutamanya golongan belia bergantung kepada perkhidmatan telekomunikasi prabayar (kad prabayar) itu.

Beliau mengumumkan perkara itu dalam sidang media selepas mengadakan lawatan ke Pusat GiatMara Pekan di Bandar Peramu di sini.

Kerajaan di bawah langkah penambahbaikan GST pada akhir tahun lepas telah mengecualikan caj GST terhadap kad tambah nilai prabayar telefon bermula 1 Jan lepas sehingga 31 Disember ini. 

Sementara itu Najib menafikan jadual padat beliau di Pekan hari ini ada kaitan dengan Pilihan Raya Umum Ke-14. 

Sumber: Bernama | 17 Disember 2016

Tiada ulasan:

Catat Ulasan