Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Khamis, 8 Disember 2016

Penduduk minta MPKB ambil tindakan terhadap bengkel didakwa beroperasi secara haram

KOTA BHARU: Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Kampung Bayam di sini, meminta pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap sebuah bengkel kenderaan yang didakwa beroperasi secara haram.

Pengerusinya Abdullah Mamat mendakwa kewujudan bengkel tersebut sejak empat tahun lepas menyebabkan gangguan lalu lintas di kawasan itu kerana pemiliknya menyimpan kereta rosak sehingga ke bahu jalan.

"Selain itu, bengkel berkenaan turut beroperasi sehingga lewat malam dan menyebabkan bunyi bising dan persekitaran kotor, sekali gus dibimbangi membiakkan nyamuk aedes," katanya kepada pemberita di sini, Rabu.

Abdullah berkata pihaknya sebelum ini telah tiga kali membuat laporan kepada Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) namun sehingga kini masih tiada tindakan diambil.

Sumber: Bernama | 7 Disember 2016

Tiada ulasan:

Catat Ulasan