Hanifa (kiri) menyuapkan pulut kuning kepada kanak-kanak yang akan bersunat di Majlis Khatan Perdana Peringkat Dun Pengkalan Pasir di Mahaad Muhammadi. |
PASIR MAS: Pembinaan lebuh raya rakyat sejauh 10 kilometer oleh kerajaan negeri dijangka siap sepenuhnya pada Mac 2018.
Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat Negeri, Datuk Hanifa Ahmad berkata, laluan tersebut bermula dari Berangan Mek Nab ke Bukit Tiu berhampiran kawasan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Machang.
“Alhamdulillah kerja-kerja pembinaan laluan itu sedang berjalan lancar dan kita berharap ia dapat disiapkan mengikut jadual ditetapkan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Khatan Perdana Peringkat Dun Pengkalan Pasir di Mahaad Muhammadi.
Hampir 100 kanak-kanak berusia enam hingga 12 tahun menyertai majlis berkenaan.
Menurutnya, pembinaan lebuh raya tersebut merupakan impian rakyat negeri ini untuk memiliki kemudahan perjalanan dan keselesaan bergerak dari satu destinasi ke destinasi lain.
Hanifa berkata, lebuh raya tersebut tidak akan mengenakan sebarang bayaran kepada pengguna laluan.
Katanya, ia bertepatan langkah kerajaan negeri yang mengutamakan kebajikan rakyat.
Mengulas mengenai majlis khatan tersebut, Hanifa berkata, ia merupakan acara tahunan anjuran pihaknya.
Katanya, acara tersebut bagi membantu meringankan beban golongan ibu bapa yang kurang berkemampuan.
“Insya-Allah kita akan terus membantu golongan memerlukan selaras dasar kerajaan negeri Membangun Bersama Islam,” katanya.
Hanifa (kiri) menyuapkan pulut kuning kepada kanak-kanak yang akan bersunat di Majlis Khatan Perdana Peringkat Dun Pengkalan Pasir di Mahaad Muhammadi.

Sumber: Sinar Harian | Edisi Kelantan | 12 Disember 2016
Tiada ulasan:
Catat Ulasan