Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Ahad, 4 Disember 2016

Mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 75 orang pagi ini

KOTA BHARU: Mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 75 orang pagi ini berbanding 45 orang malam tadi, menurut portal rasmi kerajaan Kelantan.

Menurut portal http://ebanjir.kelantan.gov.my, seramai 29 mangsa daripada tujuh keluarga di Kampung Tiong di sini, dipindahkan ke pusat pemindahan banjir Sekolah Kebangsaan (SK) Tiong malam tadi, membabitkan sembilan lelaki dewasa, sembilan perempuan dewasa, enam kanak-kanak lelaki dan lima kanak-kanak perempuan.

Selain itu, 26 mangsa masih ditempatkan di SK Wakaf Raja, Pasir Puteh dan 19 mangsa, masing-masing di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jelawat dan SMK Beris Panchor, Bachok. Paras air sungai Kelantan di beberapa tempat kembali ke tahap normal pagi ini.

Sumber: Bernama | 4 Disember 2016

Tiada ulasan:

Catat Ulasan