Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Jumaat, 2 Disember 2016

Zahasmi yakin Kelantan mampu beri saingan Liga M musim depan

KOTA BHARU: Ketua Jurulatih baharu Kelantan, Zahasmi Ismail percaya The Red Warriors mampu memberi saingan dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan walaupun masih terumbang-ambing dalam pembentukan skuad.

Beliau berkata senarai pemain sedia ada dilihat mampu memberi cabaran hebat.

"Saya yakin mereka boleh memberikan tentangan kepada pasukan lain walaupun terdapat segelintir pemain lama berhijrah menyertai pasukan lain.

"Pemain sedia ada sebelum ini pernah berkerjasama dengan saya. Jadi ia tidak menjadi masalah besar kepada saya untuk membentuk pasukan," katanya kepada pemberita.

Zahasmi dilantik sebagai jurulatih mulai semalam bagi menggantikan Velizar Emilov Popov yang enggan melanjutkan kontraknya.

Zahasmi yang musim lalu berkhidmat sebagai pengendali Kelab Bola Sepak Kementerian Kewangan (MOF) FC pernah bertindak selaku penolong jurulatih kepada Norizan Bakar pada musim 2007-2008, B Sathiananthan (2009), Bojan Hodak (2012-2013) dan Steve Darby (2014).

Beliau berkata beliau mahu menyempurnakan dengan baik tugas yang diberikan kepadanya.

Sumber: Bernama | 1 Disember 2016

Tiada ulasan:

Catat Ulasan