KOTA BHARU: Pusat pemindahan banjir di Kelantan ditutup sepenuhnya selepas 26 mangsa banjir dari Kampung Bukit Awang, Pasir Puteh yang ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Wakaf Raja dibenarkan pulang ke rumah masing-masing kira-kira 1.30 tengah hari tadi.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Malaysia Kelantan Zainuddin Hussin berkata penutupan pusat pemindahan sementara itu dibuat berikutan banjir sudah pulih sepenuhnya di kampung berkenaan dengan keadaan cuaca baik sejak semalam.
"Pihak APM telah menghantar semua mangsa banjir yang terdiri daripada lima keluarga itu ke rumah masing-masing di Kampung Bukit Awang tengah hari tadi," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini, hari ini.
Sumber: Bernama | 6 Disember 2016
Tiada ulasan:
Catat Ulasan