Pembangunan Kota Bharu City Centre (KBCC) di sebelah Palekbang, Tumpat, Kelantan atau Kota Bharu Barat. |
KOTA BHARU: Projek pembangunan tebingan Sungai Kelantan di sebelah barat bandar raya Kota Bharu dengan nama Kota Bharu City Centre (KBCC) masih belum dimulakan.
Kawasan yang dimaksudkan adalah kawasan di sebelah Palekbang, Tumpat yang bertentangan dengan bandar raya Kota Bharu, iaitu dari Jambatan Sultan Yahya Petra sehingga ke Palekbang, Tumpat.
Projek ini merupakan salah satu daripada tiga projek pembangunan semula pusat bandar di ketiga-tiga ibu negeri di Pantai Timur yang telah digariskan melalui Pelan Induk Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) yang dilancarkan pada 2007.
Dua projek lagi ialah Kuala Terengganu City Centre (KTCC) di ibu negeri Terengganu; dan Kuantan Port City (KPC) di ibu negeri Pahang.
Projek KTCC misalnya telah pun bermula beberapa tahun lepas dan begitu juga projek KPC, namun projek KBCC masih belum dimulakan setakat ini.
Antara yang termasuk dalam pembangunan KBCC adalah pembinaan jambatan dari Kg. Cina di sebelah Kota Bharu dengan Palekbang di sebelah Tumpat; pembangunan terminal pengangkutan bersepadu di Palekbang yang merangkumi pengangkutan kereta api dan bas; pusat konvensyen antarabangsa, perkampungan budaya, kemudahan rekreasi, dan sebagainya.
Pembangunan KBCC ini kelak akan dapat melonjakkan lagi peranan Kota Bharu sebagai sebuah bandar raya pelancongan dan beli-belah. Ia juga akan menjadi pemangkin kepada pembangunan di Jajahan Tumpat terutamanya di sepanjang tebing Sungai Kelantan yang berhadapan dengan bandar raya Kota Bharu.
Oleh itu, diharap Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Kelantan dapat mempercepatkan pelaksanaan projek ini.
Sumber: Gerbang KBBRI | www.kbbri.blogspot.com
Nota: Artikel ini merupakan tulisan laman blog ini dan ia tidak dibenarkan disalin dan ditampal (copy & paste) di mana-mana laman blog termasuk laman berkaitan skyscraperscity.com.
Nota: Artikel ini merupakan tulisan laman blog ini dan ia tidak dibenarkan disalin dan ditampal (copy & paste) di mana-mana laman blog termasuk laman berkaitan skyscraperscity.com.
y and WIN : http://ow.ly/KNICZ
Nota: Artikel ini
merupakan tulisan laman blog ini dan ia tidak dibenarkan disalin dan
ditampal (copy & paste) di mana-mana laman blog termasuk laman
berkaitan skyscraperscity.com.
Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
Menteri Besar Kelantan perlu agresif supaya pembangunan yang dirancang dapat dilaksanakan mengikut jadual. Semua orang tahu, banyak projek di Kelantan hanya janji sahaja. Berapa peratus sahaja yang berjaya disipakan ikut jadual.
BalasPadam