KOTA BHARU: Pengguna bas Cityliner lega perkhidmatan bas ke 19 laluan di negeri ini, kembali beroperasi seperti biasa hari ini setelah dua hari diberhentikan sejak Ahad lepas (1 Mei).
Siti Osama Diyana Mohd Sa'yuti, 16, yang merupakan pengguna tetap bas Cityliner laluan Kota Baharu-Bunut Susu-Pasir Mas untuk ke sekolah, bersyukur kerana operasi bas sudah pulih seperti biasa.
"Saya tinggal di Tendong (Pasir Mas) dan selalu berulang-alik ke sekolah menggunakan bas tapi bila saya dapati bas hentikan operasi, perkara itu merumitkan perjalanan saya ke sekolah kerana perlu menggunakan bas lain yang tambangnya lebih mahal.
"Tetapi saya bersyukur kerana bas sudah kembali beroperasi seperti biasa hari ini," kata pelajar Maahad Muhammadi Perempuan di sini, kepada Bernama di Stesen Bas Kota Baharu.
Sementara itu, seorang peniaga kedai makan Norani Muhamad, 54, yang menetap di Tiong di sini, berkata dia mengalami kesulitan ketika perkhidmatan bas tersebut dihentikan bagi laluan Kota Baharu-Tiong-Bachok.
"Saya terpaksa menaiki kereta sewa untuk datang ke Kota Baharu walaupun tambang yang dikenakan mahal iaitu RM15 seorang berbanding tambang bas yang jauh lebih murah iaitu RM1.70 sahaja," katanya.
Norani berkata dia lebih senang menggunakan perkhidmatan bas kerana sudah mengetahui waktu bas beroperasi dan hanya perlu menunggu bas datang pada waktu tertentu.
"Kalau naik bas kita dah tahu waktu bas beroperasi, kebiasaannya pada waktu pagi bas akan melalui Tiong pukul 8 pagi dan waktu petang saya sudah tahu bahawa bas akan bertolak pada pukul 12 tengah hari dari Kota Baharu dan jika tidak sempat akan ada bas pukul 2 petang," katanya.
Perkhidmatan bas itu dihentikan sementara berikutan kos operasi yang tinggi namun kembali beroperasi hari ini setelah Konsortium Transnasional Berhad memberi jaminan menyuntik dana bagi memastikan bas Cityliner dapat beroperasi seperti biasa.
Sumber: Bernama | 3 Mei 2016

Tiada ulasan:
Catat Ulasan