Amrul Nizar (tiga, kanan) bersama sebahagian pasukan Afjets yang berjaya menjalankan pengubahsuaian cuaca di Kelantan, petang ini. |
KOTA BHARU: Misi pengubahsuaian cuaca selama 10 hari di Kelantan oleh syarikat penerbangan persendirian, AF Jets Sdn. Bhd. (AFJets) secara percuma berakhir, semalam.
Ketua Pengarah Eksekutif AFJets, Amrul Nizar Anuar berkata, pihaknya berpuas hati dan bersyukur apabila semua daerah dibasahi hujan.
"Hari ini genaplah 10 hari Afjets menjalankan pengubahsuaian cuaca di Kelantan dan kami bersyukur kerana pulang dengan negeri ini akhirnya dibasahi hujan, juga kerana doa rakyat Kelantan.
"Apa yang mengujakan, kita berjaya mengenal pasti kawasan tadahan hujan di Machang, malah kami gembira apabila kawasan sukar hujan seperti di Kota Bharu dan Pengkalan Chepa akhirnya hujan pada awal pagi dua hari lalu," katanya semasa ditemui di Lapangan Terbang Sultan Ismail (LTSIP), di sini, petang ini.
AFJets melakukan pembenihan awan atau pengubahsuaian awan secara percuma dengan peruntukan secara percuma RM300,000 menggunakan teknik 'weather mod' iaitu membakar suar bagi 'mencipta' awan memandangkan tiada awan sebelum ini.
Pengubahsuaian tersebut dilakukan bermula Ahad minggu lepas dengan hasil hujan di kawasan bukit-bukau di Machang, Kuala Krai, Gua Musang, Tanah Merah, Tumpat dan Kota Bharu, cuma kawasan di pinggir pantai seperti di Bachok dan Pasir Puteh, hanya beberapa tempat sahaja hujan.
Amrul Nizar berkata, antara kesukaran yang dihadapi semasa pengubahsuaian awan itu termasuk tiupan angin dari laut ke darat menyukarkan penurunan hujan di beberapa tempat. "Kita akan mengadakan pengubahsuaian awan atau apa-apa program dengan kerjasama kerajaan negeri bagi membantu Kelantan pada masa akan datang," katanya.

Sumber: Sinar Harian | 17 Mei 2016
Tiada ulasan:
Catat Ulasan