KOTA BHARU: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Kelantan menasihatkan peniaga di negeri ini untuk tidak menggunakan alasan El Nino bagi menaikkan harga barangan terutama pada bulan Ramadan ini.
Pengarahnya Ibrahim Mahmood berkata bekalan makanan terutama sayur-sayuran dan buah-buahan masih mencukupi setakat ini walaupun negara berdepan dengan fenomena cuaca itu sejak Januari lalu.
"Bekalan untuk Ramadan juga mencukupi kerana masalah cuaca setakat ini tidak memberi kesan besar kepada hasil tanaman.
Setakat ini kita tidak perlu melakukan sebarang import terhadap sayur-sayuran dan buah-buahan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Beliau berkata pihaknya akan melakukan pemeriksaan terhadap pergerakan harga barangan mentah itu bagi mengelak peniaga menjualnya dengan harga yang tinggi.
Sumber: Bernama | 11 Mei 2016
Tiada ulasan:
Catat Ulasan