Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Ahad, 1 Mei 2016

Seremban sedia diisytihar bandar raya

Bandar Seremban kini semakin pesat membangun.
SEREMBAN: Majlis Perbandaran Seremban (MPS) dan Majlis Perbandaran Nilai (MPN) kini dalam keadaan bersedia untuk diisytiharkan sebagai sebuah bandar raya.

Yang Dipertuanya, Datuk Abd. Halim Abd Latif bagaimanapun berkata, sebelum penggabungan kedua-dua pihak berkuasa tempatan (PBT) itu menjadi sebuah bandar raya, ia perlu dibuat penelitian secara terperinci.

“Ini kerana ia bukan saja melibatkan penggabungan dua daerah tetapi juga dua organisasi,” katanya.

Menurutnya, dari segi syarat-syarat untuk menjadi bandar raya, pihaknya sudah pun memenuhinya.

“Kita memang telah layak, cuma hendak diisytiharkan sahaja. Bila tarikh pengisytiharan Seremban sebagai bandar raya, perkara itu kita serahkan kepada kerajaan negeri untuk menentukannya.Terpulang kepada kerajaan negeri,” katanya di sini, semalam.

Abd. Halim berkata, kerajaan negeri akan memilih tarikh sesuai untuk mengumumkan Seremban sebagai sebuah bandar raya dan pihaknya sentiasa bersedia.

Sumber: Sinar Harian | Edisi Melaka & Negeri Sembilan | 8 Mac 2016

Tiada ulasan:

Catat Ulasan