Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Ahad, 1 Mei 2016

Transnasional hentikan operasi bas Cityliner melibatkan 19 laluan di Kelantan

KOTA BHARU: Konsortium Transnasional Berhad hari ini mengumumkan pemberhentian perkhidmatan bas henti-henti Cityliner di 19 laluan di Kelantan bermula hari ini.

Syarikat itu dalam kenyataan media hari ini berkata langkah itu diambil disebabkan syarikat tidak mampu menanggung kos operasi berikutan tidak lagi menerima sokongan dana daripada kerajaan.

Laluan yang ditutup ialah Machang-Tanah Merah, Machang-Pasir Puteh, Kota Bharu-Tok Bali-Kampung Raja, Kota Bharu-Cabang Empat-Tumpat, Kota Bharu-Bunut Susu-Pasir Mas, Tumpat-Palekbang-Kota Bharu, Kuala Krai-Dabong, Kota Bharu-Pasir Puteh-Jelor dan Jeli-Kuala Balah-Dabong.

Laluan lain ialah Kota Bharu-Kemubu-Machang, Pasir Mas-Repek-Rantau Panjang, Kota Bharu-Kemumin-Sabak, Kota Bharu-Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu-Tiong-Bachok, Kota Bharu-Bukit Marak-Bachok, Kota Bharu-Bachok-Pengkalan Baharu, Kota Bharu-Bandar 61A dan 61B, Rantau Panjang-Panglima Bayu dan Pasir Puteh-Kuala Besut-Jerteh.

Sumber: Bernama | 1 Mei 2016

Tiada ulasan:

Catat Ulasan