Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Khamis, 19 Mei 2016

Belia Kelantan dijemput menyertai Pertandingan Badan Cantik Tertutup Kelantan 2016

KOTA BHARU: Belia Kelantan yang aktif membuat senaman bina badan di gimnasium dijemput untuk menyertai Pertandingan Badan Cantik Tertutup Kelantan 2016 bagi merebut gelaran Mr. Nutrition's House Badan Cantik 2016 yang akan didadakan pada 28 Mei 2016 (Sabtu) di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Kelantan, Bandar Baharu Tunjong, Kota bharu, Kelantan. 

Pertandingan badan cantik ini diadakan bersempena Karnival Bersama Mencegah Jenayah Peringkat Kontijen Negeri Kelantan 2016. 

Yuran pendaftaran sebanyak RM30.00 dikenakan dan setiap peserta akan mendapat sehelai kemeja T secara percuma. 

Pertandingan ini akan dimeriahkan lagi dengan kehadiran seorang atlit bina badan Majlis Sukan PDRM, iaitu Zmarul Adam Al Pulutan Abdullah sebagai peserta tamu (guest poser).  
Sumber: KBBRI | www.kbbri.blogspot.com 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan