Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Selasa, 17 Mei 2016

TNB Kelantan laksana program pendawaian semula pusat pengajian pondok

KOTA BHARU: Tenaga Nasional Berhad (TNB) Kelantan akan melaksanakan program pendawaian semula bekalan elektrik di pusat pengajian pondok dan madrasah di negeri ini, kata Pengurus Besar TNB Kelantan Datuk Md Yuslan Md Yusof.

Beliau berkata berkata program itu akan mula dilaksana dalam masa terdekat bagi memenuhi Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) syarikat pembekal tenaga berkenaan.

"Kami mahu bantu pusat-pusat pengajian agama yang musnah dalam kebakaran dan bencana lain," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan zakat perniagaan TNB bagi 2014 dan 2015 kepada Majis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) di sini hari ini.

Pada majlis itu, Md Yuslan menyerahkan zakat perniagaan TNB sebanyak RM4.5 juta kepada Timbalan Yang Dipertua Maik Dr Nik Mohd Azlan Abd Hadi.

Md Yuslan menjelaskan pihaknya masih dalam proses mengenal pasti dan mengumpul maklumat berhubung jumlah madrasah dan pusat pengajian pondok yang layak bagi pelaksanaan program itu.

TNB, katanya, turut menjalankan program pendawaian semula bagi rumah golongan miskin serta melaksanakan Program Baiti Jannati dengan membina lima rumah untuk golongan asnaf tahun lepas, dan akan membina lima lagi tahun ini.

"Kita menjangkakan rumah berkenaan siap dibina sebelum Aidilfitri pada Julai ini," kata Md Yuslan mengenai projek melibatkan daerah Kota Bharu, Machang, Bachok, Kuala Krai dan Gua Musang.

Sumber: Bernama | 16 Mei 2016

Tiada ulasan:

Catat Ulasan