Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Rabu, 4 Mei 2016

Penutupan operasi tiga bas ke Bachok tidak diketahui

BACHOK: Penutupan operasi tiga bas ke Bachok yang berkuatkuasa 1 Mei lalu tidak ramai diketahui umum terutamanya penduduk luar bandar.

Namun, tinjauan Sinar Harian di stesen bas Bachok mendapati lokasi itu lengang.

Tiada kelibat penumpang yang menunggu bas sebaliknya tepat jam 5.30 petang kelihatan bas nombor 11 dari Kota Bharu tiba membawa beberapa penumpang.

Pemandu bas yang enggan dikenali berkata, hanya sebuah bas sahaja yang beroperasi di laluan Kota Bharu, Kota Jembal, Wakaf Zain menuju Bachok.

“Lebih kurang 10 trip perjalanan dari Kota Bharu ke Bachok sekarang. Semua perjalanan tak ramai orang yang naik dan hanya pada waktu tertentu sahaja seperi pagi dan petang sahaja yang lazimnya ada orang,” katanya.

Manakala, seorang penumpang yang kebetulan turun dari bas tersebut, Khadijah Che Hamat, 63, berkata, dia tidak tahu mengenai penutupan berkenaan.
 
Sumber: Sinar Harian | Edisi Kelantan | 4 Mei 2016

Tiada ulasan:

Catat Ulasan